Monday 27 August 2012

Liverpool pinjam Nuri Sahin dari Real Madrid...dan Luka Modric ke Real Madrid

Nuri Sahin, pemain kebangsaan Turki kelahiran Jerman, bergambar dengan jersi baru bernombor 4 yang ditinggalkan legenda, Sami Hyypia. 
Nuri Kazim Sahin telah melengkapkan perpindahan ke kelab Inggeris Liverpool melalui pinjaman dari kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, setelah Arsenal menamatkan minat mereka terhadap pemain itu. Antara sebab pembatalan hasrat Arsenal adalah kerana tiada persetujuan antara pihak Arsenal dan Real Madrid mengenai yuran "option-to-buy" pada akhir musim berjumlah 14mil pound sterling. Selain itu, Liverpool juga menawarkan bahagian bayaran lebih kepada gaji mingguan Sahin yang berjumlah 115 ribu pound sterling.

Nuri Sahin juga menegaskan bahawa pemain tengah Real Madrid yang juga merupakan bekas wira Liverpool, Xabi Alonso, merupakan individu penting yang mempengaruhi keputusan menyertai kelab gergasi Eropah, Liverpool. Sahin juga menceritakan bahawa beliau adalah seorang yang berada di dalam Stadium Ataturk ketika Liverpool membenam AC Milan seterusnya menjuarai Liga Juara-juara Eropah pada tahun 2005.

Jose Mourinho, bos Real Madrid, juga antara individu yang merealisasikan perpindahan pinjaman ini. Beliau memberikan lampu hijau kepada Sahin untuk bekerja di bawah pimpinan Brendan Rodgers. Jose Mourinho yang pernah bekerja bersama-sama Brendan Rodgers ketika di Chelsea menyifatkan Brendan Rodgers sebagai pengurus yang akan membawa kejayaan kepada Liverpool, dan Nuri Sahin mampu bersinar di bawah pimpinannya. 
Fakta menarik: Sahin adalah penjaring termuda Turki pada ketika ini, dan jaringan itu dilakukan ketika Turki menentang negara kelahirannya, Jerman.
Nuri Sahin, 23, bermain dengan cemerlang ketika di Dortmund sebagai pemain tengah dan juga kadang kala sebagai pemain penyerang tengah (attacking midfielder). Dalam pasukan senior Dortmund, beliau beraksi sebanyak 135 perlawanan di mana beliau juga menjaringkan 13 gol dari bahagian tengah. Sebelum berhijrah ke Real Madrid, beliau juga pernah dipinjamkan kepada kelab Belanda, Feyenoord selama sepenggal di mana dia menjaringkan 6 gol dari 29 perlawanan. 

Sahin dikatakan memiliki kemahiran menyerang dan mengawal barisan tengah dengan cemerlang, dan mampu membantu pasukan yang disertainya untuk beraksi cemerlang. Brendan Rodgers dan penyokong Liverpool semestinya mengharapkan sesuatu dihasilkan oleh pemain ini dalam musim 2012-2013 kali ini. 
_____________________________________________________________________
Perpindahan Luka Modric ke Real Madrid

Sementara itu, Real Madrid meneruskan usaha mendapatkan tambahan pemain tengah dengan pembelian Luka Modric. Perpindahan ini melibatkan jumlah wang yang tinggi iaitu 33mil pound sterling. Adakah kemungkinan Nuri Sahin akan terus menyarung jersi Liverpool pada tahun depan, memandangkan lambakan pemain tengah berpengaruh di Real Madrid? 



Sunday 26 August 2012

Larian Hijau MPSP 2012


Hehe. After several day of training, I put a minor challenge on me by running a 3KM Larian Hijau MPSP 2012. As you can see in the logo above, that's the event I am talking about right now. MPSP is stands for Majlis Perbandaran Seberang Perai.

I reached MPSP Tower at 6.20am. The event started at 7am sharp in front of the tower. Sorry dat I dun wear the running vest they gave, but at least I wear the Green (Hijau) running shoe in order to support the cause. Hikhik.

MPSP Tower
Arrived at 21KM (half-marathon) starting line 
Only half marathoners, which flagged-off early at 5am, were seen at the finishing line around 7.10am
Can you spot me in this picture??
3KM category flagged-off
On-the-go
I am reaching the finishing line
It's juz 3KM anyway..
I've conquered MPSP Tower for 3KM
One of the beautiful scenery of the big MPSP Tower
At the podium
Picture with the beautiful mum
Picture with the awesome sister
Our beloved sponsor, H-TWO-O..

Saturday 25 August 2012

Penang Beach Trail Running Session

On the 6th day of Raya, I've spent my morning on the beach, in my sportsuit. As for the previous few days, I did my running training on the hard surface - bitumen/tarred road - so, it's now time for me to experience softer, sandy beach track, as part of my cross training session, ahead of my 16.8KM Adidas KOTR 2012 in another 2 weeks.

Without thinking of I've been over-trained myself, actually I've suffered shin splint for almost a month ago. Therefore, I am desperately want to avoid tarred road training.

My training session took place at my hometown beach in Penang. This picture shows part of the 1.4km loop there.
4-5 families are seen to have their own best moment at the beach.
I tell you guys, it is the special experience to run by the beach. With the sound of splashing wave, looking at the people swimming and playing around, the feel of sea breeze hitting the 'rhu' tree, a fresh look of the sunrise, after a heavy rain the night before...aaahhhhh!!!! Hehe.. No wonder my PB of 32mins for 5KM, became 43mins doing on the beach. Haha. At least, I have my 'leisure', out of normal training. 

Me, as I've completed my 5KM beach trail joging
This is the second time I used my New Balance Trail 411. I love it. Tough, lightweight and comfort.
After an awesome action, my NB 411 took a break...
I found this cutest animal species in the world, joging around too ;)
You better have yours one! Tell me if you want to join me, but first, do visit me in Penang y'all! Hehe..

Wednesday 22 August 2012

Masa untuk My Lovely Adidas Response 20 nak mandi

Aku punya 16.8KM ADIDAS King Of The Road 2012 tak sampai lagi 3 minggu. Time2 raya ni, tambah pulak baru abis bulan puasa, boleh kata lama jugak la aku tak training betul2. Sebelum ni, larian jarak jauh aku yg paling hampir sama jarak mcm Adidas KOTR ni cuma Malakoff Penang Run 17KM. Waktu tu timing aku cuma 2:08j. Teruk jgk la. Tp tu first time. Kali ni, berdasarkan latest timing aku, aku harap aku boleh buat at least 1:50j, utk kali kedua aku lari jarak ni.

Aku actually start lari jarak jauh kat event secara serius adalah pada waktu aku sekolah. Tp kalo big2 event, aku rasa..mm..it's Adidas KOTR edisi thn 2011. Waktu tu first time aku secara serius beli kasut running, n aku beli dgn kupon diskaun Adidas KOTR. Utk setiap pembelian ke atas RM250, aku boleh dpt RM50 diskaun. 

Waktu nak beli tu aku pergi cari kat Adidas outlet kat Pavillion. Aku check aku punye foot type is Neutral-to-Mild Flat (but more to neutral lah). Brader kt situ tanye aku nak lari brape kello? Aku ckp kt die 10KM, so die recommend Adidas Response Cushion 20. Waktu tu harga die RM330, n after diskaun, aku dpt lah dlm RM280. 

So, Adidas KOTR 2011 will be my first time ever aku pakai kasut ni, n kt Adidas KOTR 2012 plak, aku plan nak jadikan kali terakhir die beraksi. Haha. Sbb lepas ni....KASUT BARU!!!! hehehe

Persediaan ke ADIDAS KOTR 2012

Pagi raya ke-Empat (arini), aku ke Tasek Mengkuang utk training hilly track, selepas sebelum ni aku lari 2jam without stopping on the 2nd day of raya. Sbb aku dah lama xlari, nak kena kasi badan read balik activity lari ni. Mcm biase, tempat ni tak pernah sunyi, ramai org walaupun arini org dah start keje rata2nye. Arini aku pakai, Powerman M'sia 2011 shirt, Liverpool white swearter, Long track bottom &....Adidas Response tu lah, pe lg..

 Balik je dr situ, aku mandikan die. Aku syg kasut ni. Tp aku kena tukar sbb beberapa perkara: -

1. Kasut ni dah setahun, dan aku dah belasah pakai die secara anggarannya dah lebih 300KM, so sesuai masanya utk aku cari rotation partner die..hik hik..
2. Aku nak cari kasut with more cushion at midfoot/forefoot, walaupun aku tau kasut ni boleh thn jgk cushion die kt area tu, tp die more suitable for heel strikers..
3. Aku perasan saiz die (8.5US) rupanya kecik dgn aku. Aku actually 9US/9.5US, tp time aku beli tu, aku xminat tgk kasut yg besar sgt. So skg, aku kena sedar skg yg kaki aku mmg besar. Hik hik..
4. Kasut ni actually dah ringan, tp kalo boleh nak try rasa minimalist plak..utk serius longer distance running lak pasni..

Walau apapun sbb aku nak beli kasut baru, aku syg kasut ni n aku mandikan die arini..hua hua hua..

Sebelum pape, aku nak rendam dulu mcm sotong rendam, nnt senang nak cuci..kalo ditgkkan pada tapak haus ni, sah aku underpronators & midfoot/forefoot strikers..

Selesai rendaman, sedia utk dibogelkan..

Sedang dibogelkan..

Kaw2 punye aku kasi bantai kasut ni utk lari, skg baru nak tukar baru..ish3x

MI Coach supporting device yg aku tak penah guna pun..

Dah basuh, dah rendam, dah bilas...sedia utk dijemur...

Sekali kat Penang ujan lebat xhengat laaa...sidai bwh bumbung je lah nampaknyeee...
Kering before Adidas KOTR tau! Kite pecah rekod baru kali ni sesama..

Wednesday 15 August 2012

Iftar bersama adik-beradik dan anak saudara di Shah Alam

Setelah teringin sangat plan nak berbuka sama2 sbb dah alang2 suma tinggal kat area Selangor, akhirnya niat di hati terlaksana. Minggu lepas, aku, adik lelaki (Remy), yg skg tinggal serumah dgn aku, dan jgk akak aku n suaminya tersayang, berbuka bersama2 di rumah akak n abang aku di Seksyen 20. 

Akak aku yg sememangnya rajin memasak, berhempas pulas menyumbang tenaga menghasilkan gulai (kari) ikan + bendi, sayur kangkung (kalo x salah aku, maen mkn je), n masak lemak seafood (udang + sotong). Akak aku ni jgk sempat wat kek batik, byk gilaaaaa...

Adik laki aku yg gila murtabak, berkunjung ke pasar ramadhan, bwk balik 2 keping murtabak yg tersgt la besar pd harga yg murah. Sekeping RM2.30, jadi total RM4.60 (RM2.30 X 2). Adik aku ni jgk xde la peminat, tp suka beli tepung pelita. Katanya, tepung pelita ni kebanggaan org Selangor. 

Antara juadah yang di'matekedaghah'kan oleh 4 org sahaja
Aku pulak sampai lambat sbb pegi me'repair' brek tayar belakang keta aku yg dah haus n berbunyi. Tetapi, aku sempat jgk beli sikit kuih-muih n kerabu mangga kat kedai Kelate Piao di seksyen 7 (dekat dgn Hakim baru). 

Kesian..penat die berpuasa

Antara yang best aritu sbb dpt jumpa satu2nya anak buah aku, ISAAC MIKHAIL..

Eeeeey, comel nye die skg, dah pandai wat muka merajuk la plak..haha.. Sygnya sbb aku terlalu penat aritu, dan kekenyangan tahap melampau, lepas buka puasa, solat n main dgn die jap, aku pun tertido atas sofa. Bila aku jaga je, Isaac pun dah tido. Waduhhhh...

Waktu aku main dgn die, sempat jgk aku snap gambar die. Die ni bukan suka sgt actually org amik gambar die. Nah, gambar die bawah ni
|
|
V
Gembira berbuka
Dah kenyang, baru leh main..
Anyway, bulan puasa kali ni, aku tak pernah menjejak kaki ke Bazar Ramadhan & jugak ke Buffet Ramadhan langsung, sbb bg aku situ byk nafsu. Tetapi, bagi aku sambutan ramadhan tetap meriah kalo kte pandai plan aktiviti yg kte tau kte akan suka. 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri!