Thursday 26 July 2012

Kayap: The Chronicles of Massive Viral Attack.....haha, movie baru di pawagam


Ni ape yang aku faham dari penyelidikan peribadi aku. Kalau salah tu, expected already.


Kayap atau Shingles (dalam Bahasa Inggeris) berpunca dari  Virus Demam Campak (Chicken Pox Virus) yang telah tidak aktif (dormant) yang tinggal di dalam badan. Kepada mereka yang pernah dijangkiti campak, apabila mereka sembuh dari serangan campak, virus campak tidaklah mati dan hilang, tetapi ia kekal di dalam badan sebagai Virus Tidur (Dormant Virus). Virus ini akan kekal di dalam badan sepanjang hayat seseorang. Namun, pengaktifan semula virus campak ini, yang disebabkan oleh beberapa faktor, akan menyebabkan seseorang ter'kono' Kayap, ataupun sering digelar oleh para doktor sebagai Campak Gelombang Kedua (The Recurrence of Chicken Pox). Namun, kali ini, pesakit Kayap akan mengalami kesakitan yang amat sangat, melebihi sakit ketika demam campak. Malah, terdapat juga jenis kayap yang sering dipanggil Kayap Ular, di mana virus kayap berjangkit ke saraf yg berdekatan, menyebabkan pesakit amat sukar utk tidur, baring, duduk atau berdiri. Senang kata, wat apa pun sakit la. 


Secara am nye, Kayap merupakan jangkitan virus (Viral Infection) yang aktif semula disebabkan beberapa faktor. Jangkitan virus ini bermula dari dalam saraf. Saraf adalah organ pertama yang akan dijangkiti, menyebabkan pesakit akan mula rasa sengal2 atau lenguh di kawasan terjangkit. Virus seterusnya akan terus menyerang hingga ke luar badan, sampai ke kulit (di mana waktu kita sudah boleh nampak tanda2 luaran). Secama timbal balik pula, apabila penyakit semakin sembuh, kawasan luar badan spt. kulit akan pulih dulu, dan rasa sengal2 kekal hingga saraf pulih. Pada kawasan kulit pula akan mengalami gatal2 yg ekstrem disebabkan pengelupasan kulit.


Penyakit ini boleh diubati melalui perubatan moden dan perubatan tradisional. Antara teknik perubatan tradisional yang sering digunakan adalah penggunaan rumput sambau, kayu sepang, daun melur, ubi larut, tepung sagu dll. Bahan2 ini akan dibancuh dan digunakan dengan menyapu di bahagian kayap di atas kulit sehingga sembuh (mengikut tunjuk ajar tabib/ustaz/bomoh yang mengubati).


Ciri-ciri Kayap:
i) Rasa lenguh2 di kawasan terjangkit,
ii) Kulit terjangkit membentuk gelembung2 kecil,
iii) Gelembung2 berwarna merah,
iv) Lebih sakit dan pedih berbanding campak,
v) Seperti juga campak, kayap ada demam.


Faktor-faktor Kayap (pengaktifan semula virus campak):
i) Stress yang melampau,
ii) Hepatitis A, 
iii) Hepatitis B, 
iv) Diabetes, 
v) H.I.V.,
vi) Lain2.


Berjangkitan (Contagious):
Penyakit ini adalah penyakit berjangkit (contagious). Namun, jika anda membaca perenggan di atas, virus Kayap adalah virus yang sama dengan virus Campak yang menyerang tubuh badan kita pada awal hayat kita. Maka:
i) Penyakit ini hanya akan berjangkit pada mereka yang belum mempunyai virus ini, yakni mereka yang tidak pernah ter'kono' Campak. Orang yang dijangkiti penyakit dari pesakit Kayap pula, tidak akan 'kono' Kayap, tetapi hanyalah akan ter'kono' Campak (sebab dia tak pernah kena Campak). Ini bermakna, pesakit Campak boleh ter'kono' Campak nya disebabkan oleh dua faktor utama; a) Jangkitan dari pesakit Campak, dan b) Jangkitan dari pesakit Kayap.
ii) Namun, bagi yang pernah ter'kono' Campak, bermakna virus Campak sedang tidur di dalam badan mereka, maka mereka tidak akan terjangkit dengan virus dari pesakit Kayap. Ini bermakna, tidak akan terjadi dalam mana2 keadaan di mana orang yang terkena Kayap disebabkan berjangkit dari pesakit Kayap, tetapi daripada faktor2 yang disebut di atas sahaja. 


Antara perkara yang amat penting bagi pesakit Kayap ialah menjaga diet pemakanan yang amat ketat. Hanya dalam tempoh berubat, sehingga kembali pulih, pesakit haruslah TIDAK mengambil makanan spt.:
i) Daging spt. ayam, daging, kambing, rusa dll.,
ii) Karangan laut spt. siput, kerang, ketam, udang dan karangan laut yg berkaitan,
iii) Ikan kembong, ikan pari, ikan sardin, ikan duri, ikan keli, ikan semilang, ikan2 lain yang berduri/sengat,
iv) Kicap
v) Garam, 
vi) Makanan yg digoreng,
vii) Makanan yang memanaskan badan spt. durian, bawang, cili dll.


Makanan yang dibolehkan:
i) Sayur-sayuran (dimasak tanpa menggunakan makanan di atas),  
ii) Ikan Bakar (selain drpd ikan yang disebut di atas), 
iii) Roti,
iv) Nasi, 
v) Capati tanpa kuah, 
vi) Sushi.

No comments:

Post a Comment