Showing posts with label Islam and religion. Show all posts
Showing posts with label Islam and religion. Show all posts

Wednesday, 15 August 2012

Iftar bersama adik-beradik dan anak saudara di Shah Alam

Setelah teringin sangat plan nak berbuka sama2 sbb dah alang2 suma tinggal kat area Selangor, akhirnya niat di hati terlaksana. Minggu lepas, aku, adik lelaki (Remy), yg skg tinggal serumah dgn aku, dan jgk akak aku n suaminya tersayang, berbuka bersama2 di rumah akak n abang aku di Seksyen 20. 

Akak aku yg sememangnya rajin memasak, berhempas pulas menyumbang tenaga menghasilkan gulai (kari) ikan + bendi, sayur kangkung (kalo x salah aku, maen mkn je), n masak lemak seafood (udang + sotong). Akak aku ni jgk sempat wat kek batik, byk gilaaaaa...

Adik laki aku yg gila murtabak, berkunjung ke pasar ramadhan, bwk balik 2 keping murtabak yg tersgt la besar pd harga yg murah. Sekeping RM2.30, jadi total RM4.60 (RM2.30 X 2). Adik aku ni jgk xde la peminat, tp suka beli tepung pelita. Katanya, tepung pelita ni kebanggaan org Selangor. 

Antara juadah yang di'matekedaghah'kan oleh 4 org sahaja
Aku pulak sampai lambat sbb pegi me'repair' brek tayar belakang keta aku yg dah haus n berbunyi. Tetapi, aku sempat jgk beli sikit kuih-muih n kerabu mangga kat kedai Kelate Piao di seksyen 7 (dekat dgn Hakim baru). 

Kesian..penat die berpuasa

Antara yang best aritu sbb dpt jumpa satu2nya anak buah aku, ISAAC MIKHAIL..

Eeeeey, comel nye die skg, dah pandai wat muka merajuk la plak..haha.. Sygnya sbb aku terlalu penat aritu, dan kekenyangan tahap melampau, lepas buka puasa, solat n main dgn die jap, aku pun tertido atas sofa. Bila aku jaga je, Isaac pun dah tido. Waduhhhh...

Waktu aku main dgn die, sempat jgk aku snap gambar die. Die ni bukan suka sgt actually org amik gambar die. Nah, gambar die bawah ni
|
|
V
Gembira berbuka
Dah kenyang, baru leh main..
Anyway, bulan puasa kali ni, aku tak pernah menjejak kaki ke Bazar Ramadhan & jugak ke Buffet Ramadhan langsung, sbb bg aku situ byk nafsu. Tetapi, bagi aku sambutan ramadhan tetap meriah kalo kte pandai plan aktiviti yg kte tau kte akan suka. 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri!

Monday, 30 July 2012

Surah-surah Lazim untuk Solat Terawikh

Semalam aku dijemput untuk menyertai majlis berbuka puasa di rumah keluarga tunang aku. Pada majlis ni ada makanan utk dimakan, selain diadakan juga Solat Maghrib, Isyak, dan Solat Terawikh secara berjemaah. Selepas selesai Solat Terawikh, barulah majlis dikira tamat secara tidak langsungnya, dan tetamu bersurai.


Secara mengejut pada malam tu, aku diarahkan untuk mengimamkan Solat Terawikh pada malam tu. Aku terkejut yang teramat sangat sebab aku bukannya arif dalam bidang imam ni. Iman di dada ni cukup lemah, ayat al-quran aku tak hafal sangat pun, surah-surah lazim saje la yang aku ingat pun. Aku diminta buat 8 rakaat Solat Terawikh berserta 3 rakaat Solat Witir. Aku memilih surah-surah yang amat ringkas & pendek untuk dibaca pada malam tu. Tak perlulah aku listkan disini sebab memang korang sendiri boleh carilah surah mana yang paling pendek dalam kitab Al-Quran.

Tapi Alhamdulillah, Allah melancarkan perjalanan solat pada malam tu. Namun, pulang dari majlis tu, aku ambil inisiatif utk muhasabah diri dan semak balik, ape yang sepatutnya aku baca, mengikut cara yang di ajar oleh Nabi S.A.W ataupun ulama-ulama. Secara ringkasnya, macam bawah ni lah. Kalau salah, tolong comment & betulkan sebab aku ni taklah arif sangat pasal agama. 


Solat Terawikh adalah solat sunat yg hanya dilakukan pada bulan Ramadhan. Aisyah R.A. pernah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. biasanya melakukan 11 rakaat, di mana 8 rakaat terawikh dan 3 rakaat witir, dalam rakaat yg panjang. Solat terawikh 8 rakaat boleh dilakukan dalam pelbagai cara samada 4 salam-2rakaat, ataupun 2 salam-4 rakaat (Di Malaysia biasanya dilakukan 4 salam dgn 2 rakaat utk setiap salam). Namun, kita dibolehkan membaca surah-surah lazim yg ringkas & pendek spt. berikut:-


Malam 1-15 Ramadhan
Rakaat 1 - Surah Al-Takaathur
Rakaat 2 - Surah Al-Ikhlas
Rakaat 3 - Surah Al-Ashry
Rakaat 4 - Surah Al-Ikhlas
Rakaat 5 - Surah Al-Humazah
Rakaat 6 - Surah Al-Ikhlas 
Rakaat 7 - Surah Al-Fiil
Rakaat 8 - Surah Al-Ikhlas


Malam 16-30 Ramadhan
Rakaat 1 - Surah Al-Qadr
Rakaat 2 - Surah Al-Takaathur
Rakaat 3 - Surah Al-Qadr
Rakaat 4 - Surah Al-Ashry
Rakaat 5 - Surah Al-Qadr
Rakaat 6 - Surah Al-Humazah
Rakaat 7 - Surah Al-Qadr
Rakaat 8 - Surah Al-Fiil


Susunan surah di atas adalah seperti yang digalakkan oleh para ulama'. Semoga dapat diketahui dan diamalkan oleh aku sendiri dan orang-orang yang membacanya. 


Terima kasih kerana membaca dan selamat beramal. 

Monday, 27 April 2009

duduk antara dua sujud



Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.

Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.
ampunilah aku
dosaku macam air di lautan, awan di langit, pasir di tepian pantai...aku cukup malu dengan Mu Ya Allah...setelah nikmat yang Kau berikan padaku, masih sanggup jasad kecil pinjaman Mu ini melakukan dosa kepada Mu...

rahmatilah aku
sayangilah aku Ya Allah...walaupun jasad kecil ku ini cukup payah menanam rasa cinta dan sayang kepada Mu...cukup jauh sifat ku berbanding kekasih kesayangan Mu, Rasulullah S.A.W....tapi aku sangat mengkehendaki sayang dari Mu Ya Allah...

perbaikilah aku
oleh itu aku memohon agar Kau perbaikilah hatiku, perbaiki percakapanku, perbaikilah akhlakku, perbaikilah imanku Ya Allah...agar hati ini sentiasa dekat dengan Mu, tenang...

angkatlah darjatku
angkatkan darjat ku Ya Allah...sama ada di dunia ataupun di sisi Mu...asalkan ia diredhai oleh Mu Ya Allah...tiada makna hidup di dunia tanpa redha dan rahmat Mu...letakkan aku di dunia ini bersama orang yang beriman dengan Mu...letakkan aku di akhirat kelak bersama orang yang beriman dengan Mu

berikanlah aku rezeki
rezekikanlah aku dengan rezeki yang halal dan baik-baik...jadikanlah setiap pendapatan aku, pendapatan yang berkat, yakni yang menjadikan aku lebih beriman dan tidak melupakan Mu...biarlah rezeki yang yang mampu menjadikan keluargaku, zuriatku hamba yang beriman...

pimpinlah aku
aku sering sesat...pimpinlah aku ke jalan yang Kau kehendaki...dekatkanlah aku dengan Al-Quran yang jarang-jarang sekali aku baca...apatah lagi nak mentelaah sunnah Nabi, Al-Hadith...semoga Al-Quran jadi panduan ku mencari Mu...

sihatkanlah aku
sihatkanlah tubuh badan ku Ya Allah, sihatkanlah penglihatan aku, sihatkanlah pendengaran aku...agar aku lebih bertenaga menambahkan amal ibadat...agar aku lihat dunia untuk aku rasai kekuasaan Mu...agar aku dengar sesuatu yang menggegarkan hati dan Iman ku...bukan ke arah kemaksiatan yang Kau benci sangat2...

maafkanlah aku
maafkanlah aku
maafkanlah aku

karya orijin:
-LoLa-FaLo-

Tuesday, 14 April 2009

rindu sape???

aku dah xtau aper nak buat lagi dalam idup...

aku rasa mcm dh puas...

aku tadika...

aku stat cinta monyet dari sek rendah:
darjah satu-tiga : Nur Saadah binti Ismail, 22 [dh tunang]
darjah dua-tingkatan 3 : Nur Haslinda binti Hashim, 20 [bukit jalil]
tingkatan 4-5 : Noor Junita binti Jaafar, 23 [ngorat xdpt]
matrix sem 1 : Farhana, 23 [ngorat xdpt]
matrix sem 2 : Faruza, 23 [ade backstabber(l), ade perosak(p), skrg dua2 ni member baek aku lak tu]
uitm : xdpt

aper lagi yg aku nak???

aku dapat result power dalam akademik:
upsr 4A
pmr 8A
spm 9A1, 1A2
matrix 3.64
uitm 2.9 [aku dh jatuh dah pun]

aper lagi yg aku nak???

aku sekolah macam2:
sek rendah : sek keb sungai rambai [drjh 1-2]
sek keb kebun sireh [drjh 3-6]
sek menengah : sek men keb agama al-mashoor, penang [form 1-3]
kolej islam sultan alam shah, klang [form 4-5]
matrix, seberang perai... n uitm, shah alam....

aper lagi yg aku nak???

aku dapat mcm2 dlm ko-k:
naib juara bola sepak sek men almashoor [trofi pn ade lg]
penang bridge run [medal pn ader lg]
anugerah emas kolej islam [sijil emas simpan lg]
pengarah urusan P.U.M., setiausaha silat, bendahari bola baling [mcm resume la plak]

aper lagi yg aku nak???

aku ade keta...dah mcm2 skil aku leh bwk...
aku ade family yg dok jauh dgn aku...
aku dh biasa dgn ketiadaan dorg kt sisi...
aku dah sedia utk jauh dgn dorg...
aku dpt mcm2 kawan dr sek yg byk...
dh xlarat nak gaduh, gelak dh...
aku dah penah rambut panjang, pendek, botak...
aku dh trim muscle, tapi xbesar pn, tapi at least xbuncit, xgemuk [mission accomplished]...

aper lagi yg aku nak???

lepas ni aku nk pi mana?
keje?
belaja?
cadang nak pegi wat acca kt england...
dah ade financial support dh pn... tp wat pe???
bek keje je...dpt duit...
ntah la...
aku dah xtau aper lg nak buat dalam idup...

aku rindukan sesuatu...
aku rindukan Tuhan aku yg letakkan aku di dunia ni selama 23 tahun...
satu tempoh masa yg lama...
ape yg aku wat utk Tuhan aku???
aku byk lupakan Dia...
Tuhan aku, Allah yg Satu.

Allah suruh sembah Dia...
Dia panggil waktu azan bunyi... aku lambat dtg...
tapi kalo lambat reply msj awek...bukan main lg 'sory'...

Allah suruh ingat Dia...
Rasul suh baca doa bgn tido...
tapi aku bgn tido, cek ade x sms dr awek...

Allah suruh cintakan dia...
Dia ingatkan, " Cintai Aku, Aku akan cintai kamu"
tapi aku sibuk cintakan manusia yg blum tentu cintakan aku...

Aku dah puas...dah xlarat lg nak jwb final exam ni...
Aku nak cari sesuatu yg lebih mencabar...
Mak aku selalu cakap, aku selalu dapat apa yg aku nak...
Mak aku selalu cakap, aku akan dpt apa yg aku nak...
Selama ni aku dah byk dpt apa yg aku nak...
Sekarang aku rindukan Tuhan aku...
Aku rasa mcm nak jumpak sgt Dia...
Aku nak cari ketenangan abadi...
Aku nak cari tuh dari Dia...
Aku nak tengok wajah Dia... Pengubat hati...
Aku nak Dia bawak aku, letak aku dekat dgn Dia...
Aku nak jadi kekasih Dia...
Aku nak cinta Dia, aku nak Dia cinta aku...
Cukupla Dia mencintai diri aku...

Allahu Rabbi...
Ma Fi Qalbi, Ghairuka...
Taqqabal minni, nafsi...

-palola-