Semalam aku dijemput untuk menyertai majlis berbuka puasa di rumah keluarga tunang aku. Pada majlis ni ada makanan utk dimakan, selain diadakan juga Solat Maghrib, Isyak, dan Solat Terawikh secara berjemaah. Selepas selesai Solat Terawikh, barulah majlis dikira tamat secara tidak langsungnya, dan tetamu bersurai.
Secara mengejut pada malam tu, aku diarahkan untuk mengimamkan Solat Terawikh pada malam tu. Aku terkejut yang teramat sangat sebab aku bukannya arif dalam bidang imam ni. Iman di dada ni cukup lemah, ayat al-quran aku tak hafal sangat pun, surah-surah lazim saje la yang aku ingat pun. Aku diminta buat 8 rakaat Solat Terawikh berserta 3 rakaat Solat Witir. Aku memilih surah-surah yang amat ringkas & pendek untuk dibaca pada malam tu. Tak perlulah aku listkan disini sebab memang korang sendiri boleh carilah surah mana yang paling pendek dalam kitab Al-Quran.
Tapi Alhamdulillah, Allah melancarkan perjalanan solat pada malam tu. Namun, pulang dari majlis tu, aku ambil inisiatif utk muhasabah diri dan semak balik, ape yang sepatutnya aku baca, mengikut cara yang di ajar oleh Nabi S.A.W ataupun ulama-ulama. Secara ringkasnya, macam bawah ni lah. Kalau salah, tolong comment & betulkan sebab aku ni taklah arif sangat pasal agama.
Solat Terawikh adalah solat sunat yg hanya dilakukan pada bulan Ramadhan. Aisyah R.A. pernah menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. biasanya melakukan 11 rakaat, di mana 8 rakaat terawikh dan 3 rakaat witir, dalam rakaat yg panjang. Solat terawikh 8 rakaat boleh dilakukan dalam pelbagai cara samada 4 salam-2rakaat, ataupun 2 salam-4 rakaat (Di Malaysia biasanya dilakukan 4 salam dgn 2 rakaat utk setiap salam). Namun, kita dibolehkan membaca surah-surah lazim yg ringkas & pendek spt. berikut:-
Malam 1-15 Ramadhan
Rakaat 1 - Surah Al-Takaathur
Rakaat 2 - Surah Al-Ikhlas
Rakaat 3 - Surah Al-Ashry
Rakaat 4 - Surah Al-Ikhlas
Rakaat 5 - Surah Al-Humazah
Rakaat 6 - Surah Al-Ikhlas
Rakaat 7 - Surah Al-Fiil
Rakaat 8 - Surah Al-Ikhlas
Malam 16-30 Ramadhan
Rakaat 1 - Surah Al-Qadr
Rakaat 2 - Surah Al-Takaathur
Rakaat 3 - Surah Al-Qadr
Rakaat 4 - Surah Al-Ashry
Rakaat 5 - Surah Al-Qadr
Rakaat 6 - Surah Al-Humazah
Rakaat 7 - Surah Al-Qadr
Rakaat 8 - Surah Al-Fiil
Susunan surah di atas adalah seperti yang digalakkan oleh para ulama'. Semoga dapat diketahui dan diamalkan oleh aku sendiri dan orang-orang yang membacanya.
Terima kasih kerana membaca dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment