Wednesday, 15 August 2012

Iftar bersama adik-beradik dan anak saudara di Shah Alam

Setelah teringin sangat plan nak berbuka sama2 sbb dah alang2 suma tinggal kat area Selangor, akhirnya niat di hati terlaksana. Minggu lepas, aku, adik lelaki (Remy), yg skg tinggal serumah dgn aku, dan jgk akak aku n suaminya tersayang, berbuka bersama2 di rumah akak n abang aku di Seksyen 20. 

Akak aku yg sememangnya rajin memasak, berhempas pulas menyumbang tenaga menghasilkan gulai (kari) ikan + bendi, sayur kangkung (kalo x salah aku, maen mkn je), n masak lemak seafood (udang + sotong). Akak aku ni jgk sempat wat kek batik, byk gilaaaaa...

Adik laki aku yg gila murtabak, berkunjung ke pasar ramadhan, bwk balik 2 keping murtabak yg tersgt la besar pd harga yg murah. Sekeping RM2.30, jadi total RM4.60 (RM2.30 X 2). Adik aku ni jgk xde la peminat, tp suka beli tepung pelita. Katanya, tepung pelita ni kebanggaan org Selangor. 

Antara juadah yang di'matekedaghah'kan oleh 4 org sahaja
Aku pulak sampai lambat sbb pegi me'repair' brek tayar belakang keta aku yg dah haus n berbunyi. Tetapi, aku sempat jgk beli sikit kuih-muih n kerabu mangga kat kedai Kelate Piao di seksyen 7 (dekat dgn Hakim baru). 

Kesian..penat die berpuasa

Antara yang best aritu sbb dpt jumpa satu2nya anak buah aku, ISAAC MIKHAIL..

Eeeeey, comel nye die skg, dah pandai wat muka merajuk la plak..haha.. Sygnya sbb aku terlalu penat aritu, dan kekenyangan tahap melampau, lepas buka puasa, solat n main dgn die jap, aku pun tertido atas sofa. Bila aku jaga je, Isaac pun dah tido. Waduhhhh...

Waktu aku main dgn die, sempat jgk aku snap gambar die. Die ni bukan suka sgt actually org amik gambar die. Nah, gambar die bawah ni
|
|
V
Gembira berbuka
Dah kenyang, baru leh main..
Anyway, bulan puasa kali ni, aku tak pernah menjejak kaki ke Bazar Ramadhan & jugak ke Buffet Ramadhan langsung, sbb bg aku situ byk nafsu. Tetapi, bagi aku sambutan ramadhan tetap meriah kalo kte pandai plan aktiviti yg kte tau kte akan suka. 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri!

No comments:

Post a Comment