Lama rasanya tak poskan artikel terbaru. Rindu jugak era penulisan blog dulu. Bila difikir-fikirkan, sewajarnyalah disambung penulisan di blog demi menyatakan isi hati daripada terbuku, tersimpan, terpendam dalam lubuk sanubari yang menyiksa diri.
Mungkin kali ini, penulis merasakan sepatutnya diberi suntikan baru terhadap wajah blog ini - kematangan. Tambahan pula, penulis sekarang ni pun sudah bekerja, bukan lagi pelajar. Tanggungjawab semakin besar. Namun dahulu, sebagai pelajar, banyak kita peroleh, banyak kita sumbang. Kini, tiba masa kita experimentasi inferens awal dengan pekakas sebenar.
Diharapkan, dapat Fad kongsi beberapa pendapat individu, persepsi, perasaan, berita, peristiwa, krisis serta pelbagai mehnah dan tribulasi melalui blog tersayang ini. Wassalam.
No comments:
Post a Comment